COVID 19





Kemaskini aplikasi MySejahtera anda ke versi 1.0.19 untuk menggunakan MySejahtera Check-In!

MySejahtera Check-In merupakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam ke dalam sesuatu premis. Ia berfungsi untuk membantu negara dalam mengurus penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan awam.

Fungsi MySejahtera Check-In:

i. Membantu pendaftaran pelawat di premis secara automatik dan cepat;
ii. Mengurangkan kesesakan pelawat;
iii. Mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya Norma Baharu; dan
iv. Memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak di salah gunakan.

Terima kasih kerana menjadi wira negara untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

Android

iOS 





[Terbaru] Kajian COVID-19 yang baru diterbitkan Jurnal Perubatan New England menunjukkan hasil posmortem pesakit Covid-19 secara kasar sehingga ke mikroskop elektron.
Antara penemuan yang didapati adalah
1) kerosakan paru-paru yang sangat teruk berbanding paru-paru normal
2) dinding salur darah paru-paru yang rosak

3) pembentukan darah beku
4) dan pembentukan saluran darah baru akibat dari kerosakan salur darah sedia ada.


Kami mengambil inisiatif menterjemahkan hasil kajian dalam bentuk yang mudah untuk orang awam faham. Moga bermanfaat ðŸ˜Š.
Sumber:
NEJM (DOI: 10.1056/NEJMoa2015432)

Sesudah melihat kesan COVID-19 kepada paru-paru, barulah kita percaya, golongan seperti
1) Perokok dan pengguna vape
2) Pesakit paru-paru seperti asthma
3) Golongan orang tua

4) Pesakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, dan jantung


mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat komplikasi atau kematian akibat COVID-19.
Maka,
- Jika anda merokok dan vape - Berhenti. Pulihkan paru-paru anda.
- Jika anda pesakit asthma - Pastikan tahap asthma anda berada pada tahap yang optimum dan terkawal. Tidak tahu? Bincang dengan doktor anda.
- Jika anda ada orang tua, dan pesakit kronik - LINDUNGI MEREKA. Elakkan mereka daripada berada di tempat awam, dan hadkan perjumpaan mereka dengan orang asing/luar dari rumah.
Dan juga,
Selepas kita melihat juga kesan ini, barulah kita tahu, mengapa sukarnya kita mendapat penawar. Ianya tidak semudah memberikan ubat malaria. Apa lagi memberikan bahan suplement seperti vitamin C, suplement "imuniti" dan pelbagai jenis makanan, tumbuhan dan herba.
Jalan terbaik untuk pencegahan ketika ini adalah Norma Baru selagi kita tidak menemui vaksin, selagi itu kita tidak boleh berada pada keadaan lama.
Stay safe.