Isnin, 26 Oktober 2026

Ahad, 25 Oktober 2026

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) TINGKATAN SATU


PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) TINGKATAN SATU DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Tarikh baharu mulai esok 26 Oktober 2026 hingga 29 Oktober 2026.


 

Sabtu, 24 Oktober 2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2026


#TogetherGainSuccess 

#TGSTOP4



🎓 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2026 🎓

✨ “Semoga Dipermudahkan dan Selamat Maju Jaya!” ✨

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Keramat mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026 yang bakal menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 26 hingga 29 Oktober 2026 dan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 2 hingga 5 November 2026.

Semoga setiap calon diberikan ketenangan hati, kelancaran pertuturan, keyakinan diri dan kemudahan dalam menjawab setiap tugasan yang diberikan.

Persiapkan diri dengan sebaiknya, percaya pada kemampuan diri dan berikan yang terbaik. Semoga segala usaha, pengorbanan dan doa membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Anda mampu melakukannya! Terus yakin, terus berusaha dan terus melakar kecemerlangan! 🌟



 

Jumaat, 23 Oktober 2026

SUMBANGAN PIBG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ibu/ bapa/ Penjaga 
Murid TGS

KUTIPAN SUMBANGAN IBU BAPA (PIBG) 

💌 Merujuk surat Kutipan Sumbangan Ibu Bapa (PIBG) Tahun 2024 Ruj : SMKPT 100-13/1/4 Jld 2 (32) bertarikh 4 Mei 2026

📌Sumbangan RM100 sahaja (sekeluarga) bagi tahun 2026.

📌Sekiranya Ibu bapa /penjaga menghadapi sebarang kesukaran untuk membuat pembayaran melalui kaedah yang ditetapkan, sila maklumkan kepada Guru Kelas masing-masing. 

📌Sumbangan boleh dibuat secara atas talian melalui ToyyibPay sahaja.
Berikut adalah link berhubung maklumat Sumbangan PIBG 2026. 


📌Berikut merupakan kemas kini terkini pembayaran pibg pada 24/09/2026













Disertakan poster Peratus Tertinggi Kutipan Sumbangan PIBG Mengikut Tingkatan.

💸Jumlah terkini kutipan sumbangan PIBG sehingga 22 Oktober 2026 adalah sebanyak RM42,800.
💸Seramai 457 murid (67%) telah membuat sumbangan. 
💸Murid dengan jumlah RM0 bermaksud sumbangan dibayar oleh adik beradik lain.

Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga murid yang telah membuat sumbangan PIBG. 

Segala sokongan dan keprihatinan yang diberikan amatlah dihargai dan semoga dapat memberi manfaat kepada murid-murid TGS. 

Semoga lebih ramai ibu bapa/penjaga dapat bersama menyokong usaha PIBG sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada semua.


Disertakan juga poster Peratus Tertinggi Kutipan Sumbangan PIBG bagi Keseluruhan


Alhamdulillah setakat 
22 Oktober 2026, kelas 3 Jasmine juga telah berjaya mencapai 100% kutipan sumbangan PIBG.


Disertakan poster Peratus Sumbangan PIBG Tertinggi Mengikut Tingkatan dan poster Peratus Sumbangan PIBG Tertinggi Keseluruhan setakat 22 Oktober 2026 untuk rujukan guru kelas.

Mohon kerjasama dan jasa baik semua guru kelas untuk forward poster tersebut ke dalam group kelas masing-masing.

Terima kasih atas kerjasama semua.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Berikut merupakan peratus sumbangan PIBG terkini setakat 
22 Oktober 2026 mengikut tingkatan untuk rujukan semua.
Terima kasih.
























 

BACAAN YASIN


Assalamualaikum Semua.

📆 Tarikh   : 23 Oktober 2026
🕕 Masa    : 7.00 Pagi
📍Tempat : Dewan Bakti

✏️ Bacaan Yasin Minggu ke-37 untuk Tahun 2026.
✏️ Semua guru dan murid Islam wajib berada di Dewan Bakti untuk kesejahteraan warga TGS'. 
✏️ Bacaan Yasin hari ini kita tujukan KHAS untuk, guru-guru dan SEMUA WARGA TGS semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan diangkat segala penyakit sekiranya ada.
Aaminn3x 🤲🤲🤲  
✏️ Kerjasama dari semua guru Islam saya ucapkan ribuan terima kasih.🌷

#TogetherGainSuccess 
#TGSTOP4


 

Rabu, 21 Oktober 2026

SEMARAK BULAN KAUNSELING KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 2026

SEMARAK BULAN KAUNSELING KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 2026


⚖️ *“BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA”*


Bagaimana kita membudayakan amalan yang betul dan berani memperbetulkan kebiasaan yang kurang tepat?


Ayuh sertai perkongsian inspirasi yang mengajak kita memperkukuh integriti, membina nilai diri dan membudayakan perubahan positif!


🎙️ ENCIK AZIZURAHMAN BIN HJ SAMIAN

Ketua Penolong Setiausaha

Sub Unit Konsultasi Organisasi, BPsK


📅 21 Oktober 2026 (Rabu)

⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

📺 YouTube EDUwebTV KPM


🔴 PAUTAN SIARAN LANGSUNG:

https://www.youtube.com/live/0TelUO7wBN4?si=OZYuJdmx-3XuAws6




Jom saksikan dan kongsikan pautan ini kepada seluruh warga KPM!


Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.


#SemarakBulanKaunseling2026 

#BPsKKPM 

#KaunselorAnda 

#RPM2026_2035 

#MalaysiaMADANI

 

Selasa, 20 Oktober 2026

JEJAK CEMERLANG EDISI KOMIK

Siri 1 - 2 : Jejak Cemerlang Edisi Komik. Idea Cg Mai. 


Terdapat 20 Siri Jejak Cemerlang Edisi Komik. Pelbagai tips untuk pelajar, ibu bapa dan guru.


Siri 1 : Strategi Belajar

Siri 2: Teknik Belajar Cemerlang


Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Siri 1 & 2 

https://www.facebook.com/share/p/17hMrqksLt/?mibextid=wwXIfr


Siri 3 & 4

https://www.facebook.com/share/p/1ar1Gcz19K/?mibextid=wwXIfr

BACAAN IPU WPKL


 INDEKS PENCEMARAN UDARA

📅20 Oktober 2026 (Selasa)

Pukul 7:00 pagi


Bacaan - Batu Muda


Sumber : https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

Isnin, 19 Oktober 2026

PENGUMUMAN PELANJUTAN TARIKH PENGISIAN MARKAH DALAM SISTEM MOEIS KPM


 Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.


Tuan/Puan,


Bersama-sama ini dilampirkan *KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG PENGUMUMAN PELANJUTAN TARIKH PENGISIAN MARKAH DALAM SISTEM MOEIS KPM* untuk siaran dan tindakan selanjutnya.


#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi


Sekian, terima kasih.


*UKK KPM*

Ahad, 18 Oktober 2026

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU BAWAH PROGRAM ASRAMA MALAYSIA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2027

 


PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU BAWAH PROGRAM ASRAMA MALAYSIA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2027


Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa murid yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke Tingkatan Satu di bawah Program Asrama Malaysia bagi sesi persekolahan tahun 2027.


📅 Tempoh permohonan: 12 Oktober hingga 22 November 2026.


Pemohon yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster untuk mendapatkan borang serta panduan permohonan.