LOGO SEKOLAH




LENCANA SMK PUTERI TITIWANGSA

Dicipta oleh dua orang murid sekolah ini sendiri iaitu Lee Siew Keng dan Lee Kwee Eng pada tahun 1978. Lambang-lambang pada lencana ini membawa beberapa maksud iaitu :

Bintang Lima Segi Melambangkan Lima Prinsip Rukun Negara

Api Obor - Melambangkan Cahaya Panduan Yang Menerangi Jalan Ke Arah Kebenaran

Bulan - Melambangkan Kerjasama Antara Berbilang Bangsa, Agama dan Kebudayaan

Warna Kuning - Melambangkan Kegemilangan        
Warna Putih - Melambangkan Kesucian Hati Dan Ikhlas         
Warna Biru Tua - Melambangkan Perpaduan Antara Pelbagai Kaum      
Warna Merah -  Melambangkan Keberanian
    
Moto Sekolah - Usaha Tangga Kejayaan
Ditulis Dalam Tulisan Jawi. Ini  Menjadi Pedoman Kepada Murid-Murid Sekolah Untuk Mencapai Kejayaan