Ahad, 9 Februari 2014

Azam dan sikap tahun baru



Seperti yang dinyatakan oleh puan Pengetua pada ucapannya pada bulan Januari yang lalu. Di atas ini adalah contoh tingkat tangga sikap pada setiap kita. Di tingkat manakah kita berada sekarang?

Sepatutnya, pada awal tahun ini, kita terapkan azam untuk mencapai kejayaan. Impikan impian setinggi langit agar jika tersasar pun, sekurang-kurangnya kita tetap mencapai titik yang tinggi.

Namun, kejayaan tidak akan tercapai jika hanya berazam tanpa perubahan sikap yang lebih positif. Di tingkat mana anda sekarang? adakah anda masih mahu berada di tingkat yang sama hingga hujung tahun ini? Ataupun anda mahu mengambil langkah kecil yang pertama dan secara beransur-ansur sampai ke puncak?

Jangan risau dengan dugaan yang akan anda temui dalam usaha anda untuk sampai ke puncak. Di kiri kanan anda sentiasa ada keluarga, guru dan rakan yang akan menyokong anda. Kawan yang pesimis? Negatif? Siapa yang perlukan mereka? Gunakan kebijaksanaan anda untuk memilih mereka yang hanya memikirkan kebaikan anda dan bukan hanya mahu bergembira dengan anda.

Semoga berjaya menempuhi tahun 2014! =)