Selasa, 3 Jun 2014

Jemputan Alumni SMK Puteri Titiwangsa ke BAZARIA SMKPT 2014

PERHATIAN:

Alumni SMK Puteri Titiwangsa (SMKPT) dari tahun 1969  hingga  sekarang adalah dijemput untuk hadir 
dan memeriahkan lagi BAZARIA SMKPT 2014 seperti ketetapan berikut:

            Tarikh              : 21. 06. 2014
            Masa                : 8.30 – 1.30 tengah hari
            Tempat            : Dewan Bakti

Dalam program ini jualan diadakan dengan membuat bayaran tapak kepada koperasi sekolah SMKPT.  Jualan meliputi makanan hingga jualan kereta (PERODUA, NAZA, dll). Kumpulan Alumni dialu-alukan untuk membuat jualan persendirian dengan menyewa tapak pada kadar yang boleh dibincangkan melalui koperasi sekolah.   Sebarang pertanyaan/urusan sila hubungi no tel: 03 - 26923249

Kumpulan Alumni juga digalakkan menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) untuk membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan anak didik (pelajar).

Satu perjumpaan akan diadakan bermula jam 10.00 pagi di dewan penataran ilmu.
Mohon kerjasama Alumni untuk mengwar-warkan kepada rakan-rakan bekas pelajar SMKPT yang lain.

            Agenda Alumni dan KSIB:
            8.00 – 10.00 pagi                    - Bazaria (acara bebas)
            10.00 pagi (bermula)              - Ucapan alu-aluan pengetua
                                                            - Lawatan ke kelas-kelas
                                                            - perbincangan kumpulan

                                                            - resolusi tindakan bersama.