Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Mesyuarat Agung PIBG kali ke43 akan diadakan seperti maklumat di di bawah:
Tarikh: 28 Februari 2015
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi (pendaftaran bermula 8.00 pagi)
Tempat: Dewan Bakti SMK Puteri Titiwangsa
Kehadiran tuan akan menyumbang 1 jam untuk jumlah masa khidmat masyarakat yang perlu dipenuhi oleh anak-anak tuan.
Sebarang usul terutamanya berkaitan dengan kecemerlangan anak- anak adalah digalakkan. Usul hanya akan dibincangkan hanya jika pencadang hadir pada waktu mesyuarat agung dijalankan.
Surat edaran telah diberikan melalui murid. Slip jawapan kehadiran dan usul perlu diserahkan kepada Pn. Rozita Binti Yaacob selewat-lewatnya pada 4 Februari 2015.