Khamis, 17 Disember 2015

HARI ORIENTASI TINGKATAN 1 & PERALIHAN 2016

Sasaran: Murid Tingkatan 1 dan Peralihan Sesi 2016
Tempat: Dewan Bakti (Ibu bapa) dan Dewan Srikandi (Murid-murid)
Tarikh : 31 Disember 2015
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang

MUKADIMAH
Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah tahun 2016 akan merasakan perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang berbeza. Murid-murid akan merasakan perbezaan dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah pertambahan mata pelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah.


OBJEKTIF
Bagi memudahkan murid-murid melalui perubahan tersebut, hari orientasi murid dirangka. Pelbagai aktiviti dirancang untuk mereka lebih mengenali persekitaran sekolah, menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru dan pelbagai maklumat boleh diketahui. 

Antara objektif Program Hari Orientasi ini ialah : 
 • Membina semangat ingin maju dan berjaya
• Membentuk semangat berdikari
• Mewujudkan semangat bersaing
• Memantapkan semangat ingin belajar secara tekal
• Memahami visi dan misi sekolah
• Menanam semangat cintakan sekolah


RASIONAL
Semua murid SMK Puteri Titiwangsa dituntut sentiasa berusaha menyesuaikan diri dengan keperluan dan harapan tinggi ibu bapa, sekolah dan masyarakat sekitar yang menganggap sekolah ini sebagai sekolah harapan supaya:
• Membina akhlak dan sahsiah terpuji
• Menonjolkan imej diri yang positif
• Menjalinkan kemesraan sesama rakan
• Menanamkan sifat sayangkan warga dan sekolah.

Semua perlu bermula dengan perubahan sikap yang positif dan inginkan kemajuan kerana sikap menjadi pemangkin atau penghalang kepada keinginan kita untuk perubahan total. Bersempena dengan tahun baru Hijrah dan Masihi ini, semua murid harus memperbaharui perangai, sahsiah atau cara kita bekerja atau belajar. Perlu dibangunkan jiwa-jiwa yang masih lesu atau jiwa yang tertidur dan satukan jiwa dan hati semua (baik guru atau murid), untuk memberi tumpuan atau fokus kepada core business iaitu – Guru mengajar dan Murid belajar.