Banner


Rabu, 11 Januari 2017

PROGRAM “SUSPENDED MEAL”



Keterangan program : 

Murid mengambil set makanan yang disediakan dikantin disebabkan faktor ketiadaan wang. Perbelanjaan diberikan oleh sesiapa yang ingin menyumbang set lengkap bagi membantu murid ini. Setiap set makanan lengkap mengandungi nasi, lauk, sayur dan minuman yang berharga RM3.00. Bagi murid yang mengambil makanan perlu mengambil kupon terlebih dahulu.

Anjuran : 

PIBG SMK Puteri Titiwangsa dengan kerjasama pihak kantin sekolah.

Objektif program: 
  1. Memberi bantuan makanan kepada murid yang memerlukan ketika ketiadaan wang untuk membeli makanan .
  2. Membentuk masyarakat perihatin dalam kalangan warga sekolah.
  3. Membentuk amalan sedekah dalam kalangan warga sekolah.



Sasaran : 

Semua murid SMKPT yang  kurang berkemampuan, murid yang tertinggal atau kehilangan wang saku /belanja.

Jumlah makanan :

Bergantung kepada sumbangan pengguna kantin.sumbangan digalakkan dalam harga set yang ditetapkan iaitu RM 3.00




"Jadilah Masyarakat Prihatin
Bantu Mereka Yang Memerlukan"


Carta Alir Program 
“Suspended Meal”