Assalammulaikum w.b.t / Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mendapatkan maklum balas mengenai penyertaan Pelajar bagi mengikuti Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) di bawah penganjuran i-LEAD, KBS untuk tahun 2021.
Sejajar dengan keadaan norma baharu, pihak i-LEAD, KBS sedang merangka perubahan terhadap pelaksanaan program ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Sehubungan dengan itu, soal selidik ini bertujuan untuk mengukur sejauh mana tahap kesediaan ibu bapa / penjaga untuk membenarkan anak-anak di bawah jagaan mereka menghadiri dan menyertai program MFLS bagi tahun 2021. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan mengenai penyertaan anak-anak di bawah jagaan mereka sekiranya terpilih untuk mengikuti program yang dianjurkan ini dengan mengikut prosedur operasi standard yang berkuatkuasa.
Pihak i-LEAD mengalu-alukan pandangan dan maklum balas YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan terhadap soal selidik ini. Segala maklumat yang diberikan adalah rahsia dan hanya digunakan untuk tujuan soal selidik ini sahaja.

Responden soal selidik ini adalah terdiri daripada Ibu Bapa / Penjaga kepada Pelajar warganegara Malaysia yang berumur di antara 15 hingga 17 tahun dan berada di dalam Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 pada tahun 2021.
Pohon untuk layari link berikut : https://forms.gle/vRu6PYSaTfB43YKt7
Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.