Ahad, 8 November 2020

PROGRAM, AKTIVITI DAN PERTANDINGAN DALAM UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2020 (NOVEMBER)

Hebahan: Pertandingan Foto BDR 2020
TAK PERLU lengkapkan slogan kreatif.
TAK PERLU share post.
Hadiah misteri confirm milik anda.
Apa tunggu lagi.
Follow FB & IG @mampujpm
p/s: Kalau korang nak join dua2 IG dan FB pun boleh.. Lagi cerah peluang korang nak dpt hadiah..


 
Salam. Murid-murid Kuala Lumpur,mari masuk pertandingan" Fotografi Projek Rahmah Untuk Semua".Untuk maklumat lanjut,murid-murid boleh rujuk Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah masing-masing. Jangan lepaskan peluang ya. Lagi-lagi di musim PKPB ini, murid-murid dapat menghabiskan waktu bosan dengan memasuki pertandingan yang menyeronokkan ini. Mari!Mari! Seronok tau dan hadiah pun menarik.



Buku adalah peneman yang paling setia ketika anda sedang membacanya. Ilmu yang terkandung dalam buku tersebut memberikan manfaat kepada pembaca.
Ayuh, serlahkan kreativiti berfoto anda bersama-sama buku dengan menyertai Peraduan Seni Foto "Tiada Kata Secantik Bahasa".
Peraduan ini bermula pada 8 hingga 20 November 2020.
Apakah yang perlu anda lakukan? Mudah sahaja.
Anda perlu mengambil foto bertemakan buku atau membaca buku. Kemudian salin semula satu ayat daripada buku tersebut yang anda gemari dan jadikan sebagai status hantaran di akaun media sosial anda.
20 Pas Perjalanan Tanpa Had My30 akan diberikan kepada 20 orang peserta terpilih setiap minggu.
Sila imbas kod QR untuk syarat peraduan atau klik pautan https://qrco.de/bboFYc
Selamat mencuba!


Ayuh sertai Kuiz Pasukan Badan Beruniform Tahun 2020 Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (10 - 12 November 2020):
Kuiz akan mula dibuka mulai jam 9.00 pagi (10/11/2020) & ditutup pada jam 10.00 malam (12/11/2020)
Rujuk poster utk dptkan alamat url program kuiz (link hanya utk sekolah² WPKL sahaja) http://gg.gg/kuizpbbkpm