Khamis, 3 Ogos 2023

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-19

 


Makluman Kejohanan Merentas Desa kali ke 19 SMKPT Tahun 2023


✅Mohon guru kelas kongsikan maklumat ini dlm kelas masing-masing. 


Tarikh : 4/8/2023

Hari : Jumaat

Masa : 7.30 pg - 10.30 pagi

Tempat : SMKPT dan sekitar  Taman Tasik Titiwangsa 


Perkara Penting :


1. Murid letak / simpan beg dalam kelas dan terus turun ke Dewan Bakti. Sila bawa bersama barangan berharga. Murid duduk dalam kedudukan tingkatan/kelas.

2. Murid yg tiba lewat, terus berada di Dewan Bakti dan letak / simpan beg di tepi bilik Komputer / bilik ICT.

3. Etika pemakaian :

✅ baju rumah sukan

✅ tudung sekolah

✅ inner putih

✅ seluar sukan (track) sekolah

✅ kasut sekolah ATAU kasut sukan 

✅ tidak dibenarkan memakai seluar TIGHT (ketat).

4. Murid disarankan membawa bersama cawan plastik utk minuman percuma esok di kantin (cawan tidak disediakan ).

5. Murid bawa buku utk subjek waktu 7 dan 8 sahaja.

6. Sila bawa bersama kad Kokurikulum Sukan dan Permainan (guru waktu 7 atau 8 perlu tanda tangan kad Kokurikulum murid).


Harap maklum