Makluman tentang Kelas BYODS
Selamat sejahtera kepada guru tingkatan bagi Kelas 2H, 2I, 3H, 3I, 4H, 4I, 5H dan 5I.
Di sini saya ingin maklumkan bahawa murid dari 8 kelas ini boleh membawa peranti (komputer riba / tablet / ipad) ke sekolah mulai hari esok Jumaat, 21/3/2025. Namun begitu, hanya murid-murid yang telah menghantar borang aku janji peranti kepada saya boleh membawa peranti ke sekolah. Murid-murid akan mendapat balik slip perakuan kebenaran yang telah diluluskan (ibu bapa benarkan & penyelaras telah luluskan) pada hari esok sebagai bukti boleh membawa peranti ke sekolah. Sebagai peringatan, mereka yang membawa peranti ke sekolah perlu membawa slip perakuan itu setiap hari.
Mohon bantuan guru tingkatan bagi 8 kelas ini untuk forward mesej ini ke dalam group kelas bagi mengingatkan ketua kelas berjumpa dengan saya pada hari esok pagi untuk mendapatkan balik slip perakuan kebenaran.
Harap maklum.
Terima kasih.