Sabtu, 19 September 2026

MAKLUMAN UJIAN PKSK 2026


 📢 MAKLUMAN UJIAN PKSK 2026


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dimaklumkan bahawa Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 bagi Tahun 2026 akan berlangsung pada ketetapan berikut;

Tarikh: 21 - 24 September 2026 

Masa: 7.30 pagi - 4.30 petang


Sehubungan dengan itu, beberapa kawasan di sekolah akan terlibat sepanjang tempoh pelaksanaan ujian, iaitu:


📍 Ruang Menunggu – Kantin

📍 Gapura  – Pendaftaran

📍 Bilik Gen Madani – Bilik Artikulasi Penulisan

📍 Makmal Puteri Siber 1 – Bilik Ujian Berkomputer


Mohon kerjasama semua guru TGS untuk membantu memantau pergerakan murid-murid, khususnya di kawasan yang terlibat, agar suasana sekolah sentiasa teratur, terkawal dan kondusif sepanjang pelaksanaan PKSK.


Kerjasama dan keprihatinan semua guru amat dihargai bagi memastikan kelancaran perjalanan ujian serta menjaga keselesaan calon-calon PKSK.


Terima kasih atas kerjasama semua.

🤝 Sama-sama kita pastikan pelaksanaan PKSK TGS berjalan lancar.