Jumaat, 13 November 2015

PELAKSANAAN SISTEM SINGLE SIGN ON (SSO) UNTUK LOG MASUK KE SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH



Semua guru diwajibkan untuk mendaftar SSO selewatnya SEBELUM cuti persekolahan bermula. Tujuan sistem ini dijalankan adalah untuk memudahkan pengguna Sistem Pengurusan Sekolah log masuk ke dalam aplikasi-aplikasi berkaitan menggunakan satu akaun sahaja. Guru tidak perlu mengingat semua “Username” dan “Password” untuk setiap sistem/aplikasi yang berkaitan. Guru hanya perlu klik pada pautan SSO sahaja untuk mengakses sistem/aplikasi kpm seperti eOperasi, APDM, egTukar dan lain-lain lagi.

Walaubagaimana, ada beberapa sistem/aplikasi masih lagi berada dalam proses pengujian dan akan digabungkan ke dalam Sistem SSO kelak. Apabila Sistem SSO ini siap sepenuhnya, semua sistem/aplikasi hanya boleh diakses melalui Sistem SSO sahaja. Diharap semua guru mengambil tindakan segera supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.

Sila lihat langkah-langkah mendaftar untuk SSO di bawah (Klik "Read more").



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAFTAR DALAM SISTEM SSO.
  1. Masuk ke sistem eOperasi (Modul Pengurusan Guru)
  2. Log masuk sistem eOperasi 
  3. Pastikan ada paparan “Daftar SSO” untuk pengguna yang belum daftar. Jika tiada, bermakna anda sudah mendaftar dengan SSO.                                                    
  4. Klik pada Daftar SSO, paparan di bawah akan keluar.
  5. Klik “Daftar SSO Sekarang!!!” 
  6. Paparan di bawah akan keluar. Isikan ruangan yang disediakan.
  7. Guru digalakkan untuk menggunakan Yes ID sebagai email rasmi. Gunakan Yes ID untuk ruangan E-Mail 
  8. Klik butang “Daftar” untuk simpan. 
  9. Ikuti arahan yang diberikan pada paparan skrin.


    *P/S : Untuk menggunakan email Yes ID, pastikan anda log masuk melalui pautan Frog VLE Login pada laman sesawang sekolah. Klik "Quick Launch", pilih "Email"


    Jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi saya melalui email saya m.rkob@yes.my (Mohd Radhi)