Khamis, 4 Jun 2020

PERADUAN VIDEO KREATIF 30 SAAT


PERADUAN VIDEO KREATIF 30saat  #PerpaduanKita2020
15 Mei - 15 Jun 2020
3 Kategori: Bawah 12; Bawah 18 & Terbuka

Hantar Penyertaan Bersama:
1. Nama
2. No: Telefon
3. Akaun Media Sosial 
4. Karya Video 


Media Prima Digital (MPD) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan peraduan Kongsi Video Kreatif Anda yang bertemakan #PerpaduanKita2020. 

CARA PENYERTAAN

Dengan hanya menghantar video kreatif berdurasi 30 saat, anda berpeluang memenangi 9 hadiah utama melebihi RM5000 dan 30 hadiah saguhati dlm bentuk SSP.
Penyertaan ahli Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara amat dialu-alukan.
Peserta hanya perlu follow dan like FacebookInstagram dan Twitter Kementerian Perpaduan Negara. Kemudian muat naik video dengan tag #PerpaduanKita2020
Setkan akaun kepada ‘Public’ bagi memudahkan penganjur melihat video yang anda muat naik di laman media sosial. Penyertaan video perlu disertakan dengan lengkap namano telefonakaun media sosial serta pautan karya video (link) ke perpaduankita2020@gmail.com
Video yang dihasilkan perlulah mengandungi mesej yang jelas terutama menerapkan norma baharupenjarakan sosial dan sanitasi dalam kehidupan seharian dengan tidak meninggalkan elemen perpaduan sesama rakyat, memelihara cara hidup yang muafakattoleransi serta unsur masyarakat yang bersatu-padu.
Konsep gaya susunan video kreativiti, kandungan dan kualiti video serta tatabahasa yang digunakan akan diambil kira bagi penilaian dalam video tersebut. Video yang mempunyai jumlah likes dan perkongsian yang banyak juga akan dijadikan asas penilaian bagi peraduan ini.
Setiap video yang dihasilkan mestilah dari idea asal peserta dan kandungan video tidak boleh menyentuh isu-isu sensitiviti kaum, agama dan politik. Imej yang mengandungi elemen seksual, keganasan melampau atau sebarang kelakuan berunsur provokasi juga adalah dilarang sama sekali. 
Peraduan bermula 15 Mei hingga 15 Jun 2020. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Peserta juga boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini. 
Semua video penyertaan adalah hak milik Kementerian Perpaduan Negara dan boleh digunakan bagi tujuan promosi.  Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Facebook Kementerian Perpaduan Negara.
PESANAN: Teruskan aktiviti anda dengan penjarakan sosial & sanitasi mengikut standard operating procedure (SOP) dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).