Ahad, 21 Februari 2021

PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM IQ-NILAM MENGGUNAKAN ID DELIMa

*MAKLUMAN PENGAKTIFAN PEREKODAN BACAAN MURID DALAM PROGRAM NILAM  MELALUI SISTEM IQ-NILAM MENGGUNAKAN ID DELIMa*


Makluman kepada semua murid, pihak KPM telah membina semula sistem IQ-NILAM bagi tujuan perekodan bahan bacaan murid secara atas talian mulai tahun 2021.  Sistem ini akan lebih memudahkan murid untuk merekod aktiviti pembacaan. Murid TIDAK PERLU lagi menggunakan buku NILAM untuk merekod bahan bacaan. Sistem perekodan ini akan diisi oleh murid SENDIRI dengan menggunakan ID DELIMa murid (emel moe). 


Sistem ini boleh diakses melalui laman sesawang berikut iaitu https://iqnilam.moe.gov.my


Panduan berkaitan boleh dirujuk melalui video tutorial Panduan Login sistem IQ-NILAM melalui pautan seperti berikut :


Panduan login mrnggunakan PC : http://bit.ly/iqnilamPC


Panduan login menggunakan HP : http://bit.ly/iqnilamHP


Jika terdapat sebarang masalah penggunaan sistem ini,harap dapat bersabar kerana sistem ini masih lagi dalam proses diselenggara oleh pihak KPM. Terima kasih