Khamis, 2 November 2023

PERMOHONAN BAS SEKOLAH PERCUMA MY SCHOOLBUS @ WILAYAH

PERMOHONAN BAS SEKOLAH PERCUMA MY SCHOOLBUS @ WILAYAH


Permohonan Bas Sekolah Percuma MYSCHOOLBUS @ Wilayah bagi sesi persekolahan 2024/2025 kini dibuka 🚍🚍


Kepada warga kota yang menetap di perumahan swasta kos rendah DBKL dan menetap di Perumahan Awam/Projek Perumahan Rakyat (PA/PPR)  jangan lepaskan peluang ini.


Imbas QR Code yang tertera untuk memuat turun borang permohonan.


Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan bagi perumahan swasta kos rendah DBKL boleh dihantar di pejabat cawangan DBKL dan untuk kawasan PA/PPR boleh dihantar di Pejabat Kecil DBKL atau Pejabat Perumahan Zon DBKL.


Permohonan dibuka mulai 1 November 2023 hingga 31 Disember 2023. 


#KLBandarUntukSemua

#bandarmampanbandarsejahtera