(30 HARI 30 DOA)
D27- Doa agar Dikasihi Sahabat
Sesungguhnya, kenikmatan yang diimpikan adalah mempunyai sahabat soleh yang membawa kita kepada kebaikan dan sering mendoakan kita. Umar bin Khattab berkata:
“Tidaklah seseorang diberikan kenikmatan setelah Islam, yang lebih baik daripada kenikmatan memiliki saudara (semuslim) yang soleh. Apabila engkau dapati salah seorang sahabat yang soleh maka peganglah erat-erat.”
Oleh itu, untuk mendapat keberuntungan dalam jalinan silaturrahim antara sahabat, lengkapkan ia dengan amalan saling mendoakan antara satu sama lain dengan mengamalkan semua doa untuk sahabat tersayang seperti di atas.
Amalkan doa untuk kawan ini agar diri kita juga turut dikasihi sepertimana kita mengasihi mereka.
Semoga beroleh kebaikan dari-Nya.
Daripada:
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara
#TGSTOP4
#TogetherGainSuccess