Khamis, 24 April 2025

MAKLUMAN GELANGGANG BOLA KERANJANG AKAN MULA DITUTUP


📩 Semua Ibu bapa/ Penjaga Murid SMK Puteri Titiwangsa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


PROJEK PEMBINAAN DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG SMK PUTERI TITIWANGSA


Surat KPM. 200-1/2/9 Jld. 26 (16) adalah dirujuk. 


Untuk makluman semua ibu bapa/ penjaga, projek pembinaan dewan terbuka berbumbung akan dimulakan oleh pihak kontraktor JPWPKL melibatkan keseluruhan kawasan gelanggang bola keranjang.


Sehubungan dengan itu, pintu pagar 3 (gelanggang bola keranjang) akan DITUTUP SEPENUHNYA mulai 25 April 2025.


Kerjasama dan perhatian semua ibu bapa / penjaga sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih. 


Pengetua 

SMK Puteri Titiwangsa