Selasa, 23 Disember 2025

SISTEM SEMAKAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN (SSKP)


 Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan/puan. 


📌Berikut adalah makluman terkini daripada BPSH untuk hebahan ibubapa


MAKLUMAN PELAKSANAAN RINTIS SISTEM SEMAKAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN (SSKP)
SSKP merupakan satu sistem yang membolehkan ibu bapa/penjaga mendapatkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi akhir sesi akademik 2025/2026 secara dalam talian.
Ibu bapa/penjaga boleh mendapatkan pelaporan tersebut mulai 22 Disember 2025 jam 10.00 pagi hingga 31 Disember 2025 jam 11.59 malam melalui pautan berikut:
(akan dibuka pada 22.12.2025)
e-mel
pertanyaaansskp@moe.gov.my


*JADUAL PELAKSANAAN RINTIS SISTEM SEMAKAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN*


Kementerian Pendidikan akan melaksfanakan rintis Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran (SSKP) iaitu satu sistem yang membolehkan ibu bapa/penjaga mendapatkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi akhir sesi akademik 2025/2026 secara dalam talian.


Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan SSKP yang melibatkan pengurusan data yang besar, Kementerian Pendidikan telah menyusun jadual semakan oleh ibu bapa/penjaga mengikut negeri seperti berikut:


*22 hingga 31 Disember 2025*:

- Wilayah Persekutuan Labuan

- Perlis

- Wilayah Persekutuan Putrajaya

- Melaka

- Negeri Sembilan


*23 hingga 31 Disember 2025*:

- Pulau Pinang

- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

- Terengganu

- Pahang

- Kelantan

- Kedah


*24 hingga 31 Disember 2025*:

- Perak

- Sarawak

- Sabah

- Johor

- Selangor


Akses SSKP juga dilanjutkan sehingga *31 Disember 2025*.


Drp: TP SP JPWP KL