🎖️Syukur TGS telah menerima Sijil Penghargaan bagi Pencapaian 100% Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari bagi Tahun 2025 sempena Perhimpunan Bulanan Februari JPWPKL yang diadakan pada 25 Februari 2026 bertempat di Auditorium Tan Sri Rafie, JPWPKL.
Sesi penyampaian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan JPWPKL.
TAHNIAH dan TERIMA KASIH khusus kepada Puan Nurul Asyikin binti Saparuddin, Ketua Pembantu Tadbir TGS atas dedikasi dan komitmen memastikan pencapaian TERBAIK ini dikekalkan buat tahun ketiga.
Terima kasih atas kerjasama barisan pentadbir, para guru dan AKP TGS yang Berkualiti.
Pengisian Perhimpunan Bulanan Februari JPWPKL ini telah diserikan dengan Bacaan Ayat Suci Al Quran yang dialunkan oleh Adik Abeer Widad binti Mohammad Rizal dari SK Marian Convent.
Ceramah bertajuk Ramadan: Kehadiranmu Dinanti yang disampaikan oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustafa, selebriti dakwah telah disampaikan dengan penuh hikmah.
Terima kasih kepada pihak JPWPKL atas penghargaan ini serta dorongan dan sokongan penuh pihak PPD Keramat.
TAHNIAH TGS 👍
TITIWANGSA GIRLS’ SCHOOL, SUCCESS!
TAHUN INI TAHUN KITA
HIGH SPEED PERGORMANCE
#TogetherGainSuccess
#TGSTOP4
#WargaTGSBerkualiti
#PPDK
#JPWPKL_Top5
#JPWPKLMercuKegemilangan
#KeramatSmart
#KeramatLeadsKualaLumpur
#PendidikanBerkualitiInsanTerdidikNegaraSejahtera
#CgMai







