Khamis, 26 Mac 2026

MAKLUMAT PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2025 DAN PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEPADA CALON

*MAKLUMAT PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2025 DAN PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEPADA CALON*


https://www.facebook.com/share/1AMe6CoGUZ/?mibextid=wwXIfr





Dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada Selasa, 31 Mac 2026, mulai jam 10.00 pagi.
Sehubungan itu, semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:
i. membuat semakan secara dalam talian melalui pautan rasmi pautan myresultspm.moe.gov.my; atau
ii. menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888; atau
iii. Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut. Calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.
JPWPKL merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon SPM Tahun 2025 atas usaha dan pencapaian yang telah ditunjukkan. Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan pada masa hadapan.