📢 HEBAHAN TGS SAFE 📢
Program Keselamatan Sekolah – “Murid Selamat, Sekolah Sejahtera”
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mulai 15 Jun 2026 (Isnin), pelaksanaan TGS SAFE akan diperkasakan melalui perkongsian isu-isu keselamatan mingguan oleh guru bertugas semasa perhimpunan rasmi.
📌 Pelaksanaan Program:
✅ Menyediakan Poster hebahan berkaitan isu keselamatan yang diberi.
✅ Menyampaikan penerangan ringkas berkaitan topik keselamatan semasa ucapan mingguan guru bertugas.
✅ Menyebarluaskan Poster TGS Safe dalam semua kumpulan Telegram murid dan ibu bapa sebagai bahan rujukan dan peringatan bersama.
✅Pengawas bertugas akan menayangkan poster tersebut setiap hari sebelum perhimpunan harian.
#TogetherGainSuccess
#TGS Top 4
#TGS Safe
🌂Contoh topik-topik keselamatan yang boleh dipilih.
🌂Topik utama keselamatan akan diberikan oleh Penyelaras 3K.
🌂Guru bertugas hanya memilih satu isu kecil berkaitan topik yang diberikan untuk dikupas pada minggu tersebut.

