Ahad, 29 Mei 2016

MAJLIS PERSARAAN PN HALIMAHTON

Pada 25 Mei 2016 telah diadakan majlis persaraan pengetua yang dikasihi, Pn Halimahton. Dalam majlis tersebut, beliau telah diraikan oleh rakan-rakan sejawatan beliau iaitu para pengetua dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan para pegawai dari Pejabat Pendidikan Wilayah.

Sambutan bagi warga sekolah pula telah diadakan pada 27 Mei 2016 serentak dengan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Pn. Halimahton telah berkhidmat di SMK Puteri Titiwangsa bermula dari 2013.

Berikut adalah gambar-gambar di sepanjang majlis tersebut.


Muka hadapan buku aturcara


Apa agaknya yang mencuit hati tu ya?

Memotong kek hari lahir bersama suami tercinta

Kata-kata akhir buat rakan seperjuangan sebagai pengetua

Bersama sebahagian daripada rakan seangkatan yang hadir meraikan

Hadiah istimewa dari murid