Selasa, 14 Jun 2016

UJIAN TAHALASSAEMIA UNTUK MURID TINGKATAN 4

Apa itu Thalassaemia?
Satu pembentukan sel darah merah tidak normal (kurang dari biasa) yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak.



Thalassaemia Minor (Pembawa Thalasaemia)
- Tida menunjukkan sebarang tanda atau masalah kesihatan dan membesar seperti orang normal.
- Pembawa thalassaemia oleh mewariskan baka (gen) Thalassaemia kepada anak-anak mereka.
- Jika kedua-dua ibu bapa adalah pembawa Thalassaemia, risiko untuk mendapat anak Thalassaemia Major adalah 25% bagi setiap kelahiran.
- Jika hanya seorang ibu bapa adalah pembawa Thalassaemia, semua anak selamat dari mengidap penyalit Thalassaemia.

Thalassaemia Major (Pesakit Thalassaemia)
- terjadi apabila kedua ibu bapa adalah pembawa Thalassaemia.
- simptom penyakit Thalassaemia boleh dikesan seawal usia 3 bulan.
- antara kesan daripada penyakit ini ialah:
kekurangan darah merah
kegagalan jantung,
kesukaran bernafas,
pembesaran terbantut,
pembengkakan hati dan limpa,
jaundis, dan
pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal

Kerajaan sedang menjalankan kempen ujian saringan Thalassaemia di kalangan murid tingkatan 4.

Untuk SMK Puteri Titiwangsa, ujian saringan akan dijalankan pada 15 Jun 2016 (Rabu).

Diharapkan ujian saringan ini mendapat sambutan menggalakkan di kalangan ibu bapa dan murid memandangkan kesan buruk penyakit ini dapat dielak jika langkah berjaga-jaga diambil dari awal lagi