Selasa, 19 Julai 2016

KARNIVAL LESTARI KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SMKPT akan mengadakan Karnival Lestari Kokurikulum Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kualan Lumpur.

Aktiviti ini sebenarnya telah bermula dari hari Jumaat yang lalu (15 Julai 2016) dan akan berakhir pada Jumaat ini dengan acara kemuncaknya adalah pameran dari badan-badan yang berkaitan dengan aktiviti kelestarian alam sekitar.


Semua warga sekolah dan orang ramai adalah dijemput untuk menyertai karnival ini untuk memeriahkan suasana serta meningkatkan kesedaran individu tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai karnival ini perlu membawa 20 naskah surat khabar sebagai prasyarat penyertaan.

murid yang menyertai aktiviti pada hari pameran dan memenuhi syarat minimum yang ditetapkan akan menerima sijil penyertaan peringkat negeri.

Antara badan-badan yang akan menyerikan susasana pada hari terakhir karnival ini ialah:
Malaysia Nature Society (MNS)
Tsu Chi Buddhist Association
SW Corp
Eco Knights
PERHILITAN

Terdapat juga individu-individu yang akan memberikan ceramah berkaitan kepentingan menjaga kepetingan laut negara kita yang merupakan salah satu yang tercantik di dunia.

sebarang pertanyaan, boleh disalurkan kepada:
0326923249 (Pn. Norsiah / Pn. Suhanida)

Jika masih ada badan berkaitan yang berminat untuk menyertai karnival ini, boleh juga menghubungi nombor yang tertera di atas.