Isnin, 20 Jun 2016

HARI BICARA AKADEMIK TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya pihak sekolah menjemput ibu bapa murid-murid SMK Puteri Titiwangsa untuk menghadiri Hari Bicara Akademik yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Jun 2016 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Kelas masing-masing

Kehadiran ibu bapa adalah sangat diharapkan memandangkan pada sesi pertemuan ini, para guru dan ibu bapa dapat:
1- mengetahui perkembangan semasa murid di sekolah dan di rumah.
2- berbincang tentang prestasi murid dalam peperiksaan pertengahan tahun
3- berbincang tentang keperluan murid-murid dalam semua mata pelajaran
4- menunjukkan dan memberikan sokongan kepada murid.

Surat edaran dari pihak sekolah boleh digunakan untuk pelepasan dari ketua jabatan Tuan Puan.