D2- DOA YANG DISUKAI OLEH RASULULLAH SAW
Menurut Saidina Anas R.A, doa ini adalah antara doa yang paling banyak dibacakan oleh Rasulullah SAW.
Imam Ibn Kathir pula menjelaskan bahawa doa ini meliputi pelbagai kebaikan di dunia dan menjauhkan segala kejahatan. Ia mencakupi permintaan yang bersifat duniawi seperti kesihatan, rumah yang luas, isteri yang cantik, rezeki yang melimpah, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, kenderaan yang baik, pujian dan sebagainya.
Kebaikan di akhirat pula mencakupi masuk ke dalam syurga – yang merupakan kebaikan yang tertinggi – kemudahan hisab dan pelbagai urusan akhirat yang lain. Manakala keselamatan dari api neraka pula bererti juga kemudahan dari pelbagai faktor penyebabnya di dunia, iaitu berupa perlindungan daripada segala dosa dan larangan serta terhindar daripada pelbagai syubhat dan perkara haram.
Daripada:
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara
#TGSTOP4
#TogetherGainSuccess