Memaparkan catatan dengan label KaraIns. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KaraIns. Papar semua catatan

Isnin, 31 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 30

 


(30 HARI 30 DOA)


D30- Doa Dimudahkan Melangsaikan Hutang


Hutang adalah merupakan satu beban dalam kehidupan yang sering menghantui fikiran seseorang. Islam memandang berat terhadap hal hutang dan ia wajib dibayar. 


Allah SWT memerintahkan orang yang beriman untuk mencatat segala hutang dan masa bayarannya. 


Semoga dengan doa ini, kita boleh jadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita, dapat selesaikan semua hutang kita, dan Allah kurniakan kita keluasan rezeki daripada-Nya tanpa perlu bergantung kepada makhluk.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4

#TogetherGainSuccess


Ahad, 30 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 29

 


(30 HARI 30 DOA)


D29- Doa Memohon Kesihatan Tubuh Badan


Kesihatan merupakan nikmat yang Allah SWT berikan kepada hamba-hamba-Nya dan tidak ternilai harganya. 


Sebagai bentuk rasa syukur, ada doa yang boleh dipanjatkan seperti di atas.


Umat Islam perlu menjaga nikmat kesihatan yang telah dianugerahkan dengan berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan dan umur yang panjang agar senantiasa dapat melakukan amal kebaikan.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4

#TogetherGainSuccess


Sabtu, 29 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 28

 


(30 HARI 30 DOA)


D28- Doa agar Diperbaiki Diri


Setiap daripada kita pasti menginginkan diri yang lebih baik, lebih dekat kepada Allah SWT dan sentiasa berada di jalan yang lurus.


Doa ini tidak hanya membantu kita untuk memperbaiki diri, tetapi juga memberikan ketenangan hati dengan kesedaran bahawa kita sentiasa dalam penjagaan dan rahmat Allah SWT. Jadikanlah Doa Agar Diperbaiki Diri ini sebagai amalan harian kita. Setiap kali berdoa, ingatlah bahawa kita sedang memohon pertolongan dan bimbingan dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Sebarkan amalan ini kepada keluarga dan sahabat handai agar kita semua dapat memperbaiki diri bersama-sama dalam lindungan-Nya.


Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita untuk menjadi lebih baik. Allahumma Aamiin.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4

#TogetherGainSuccess


Jumaat, 28 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 27

 


(30 HARI 30 DOA)


D27- Doa agar Dikasihi Sahabat


Sesungguhnya, kenikmatan yang diimpikan adalah mempunyai sahabat soleh yang membawa kita kepada kebaikan dan sering mendoakan kita. Umar bin Khattab berkata:


“Tidaklah seseorang diberikan kenikmatan setelah Islam, yang lebih baik daripada kenikmatan memiliki saudara (semuslim) yang soleh. Apabila engkau dapati salah seorang sahabat yang soleh maka peganglah erat-erat.”


Oleh itu, untuk mendapat keberuntungan dalam jalinan silaturrahim antara sahabat, lengkapkan ia dengan amalan saling mendoakan antara satu sama lain dengan mengamalkan semua doa untuk sahabat tersayang seperti di atas.


Amalkan doa untuk kawan ini agar diri kita juga turut dikasihi sepertimana kita mengasihi mereka.


Semoga beroleh kebaikan dari-Nya.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4

#TogetherGainSuccess


Khamis, 27 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 26

 


(30 HARI 30 DOA)


D26- Doa agar Menjadi Orang yang Selalu Disayangi


Doa agar disayangi oleh orang lain bukan hanya tentang mencari kasih, tetapi memohon agar Allah membimbing kita dengan akhlak yang baik, sifat penyayang, dan keikhlasan.


Ia mengajak kita untuk memperbaiki diri dan mencipta hubungan yang penuh belas kasihan. Kasih sayang sejati datang dari sikap yang tulus dan peduli terhadap sesama insan.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4 

#TogetherGainSuccess


Rabu, 26 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 25

 


(30 HARI 30 DOA)


D25- Doa Menaiki Kenderaan


Doa naik kenderaan adalah amalan doa yang dibaca oleh umat Islam sebelum memulakan perjalanan menggunakan apa-apa jenis kenderaan, sama ada darat, laut, atau udara. 


Doa ini bertujuan untuk memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah SWT sepanjangqa perjalanan. Dalam Islam, doa dianggap sebagai senjata dan kekuatan umat, dan setiap tindakan sebaiknya dimulakan dengan doa.


Membaca doa ini bukan sahaja memberi kita ketenangan mental tetapi juga menjadi satu bentuk pengharapan kepada Allah SWT agar perjalanan kita sentiasa dilindungi dan diredhai. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ghafir, ayat 60 menekankan pentingnya berdoa: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu…”


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4 

#TogetherGainSuccess


Selasa, 25 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 24

 


(3O HARI 3O DOA)


Semoga Allah SWT mencukupkan kita dengan rezeki yang halal dan berkat, memberi ketenangan serta menghindarkan kita daripada kebergantungan kepada selain-Nya. Amin.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4

#TogetherGainSuccess


WORLD QURAN HOUR








 

Isnin, 24 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 23

 


(30 HARI 30 DOA)


D23- Doa Hilangkan Sedih dan Gelisah


Dalam hal ini, seorang hamba bertawakal kepada Allah SWT untuk memohon pertolongan-Nya.


Erti tawakal bagi umat Islam adalah menyerahkan segala perkara dan usaha kepada Allah SWT, serta berserah diri kepada-Nya. Hal ini dilakukan agar seorang hamba mendapatkan kemaslahatan atau menolak dari kemudaratan.


Dikutip dari Ensiklopedia Islam, seorang ulama Arab Saudi Muhammad bin Abdul Wahab mengungkapkan bahwa tawakal adalah pekerjaan hati manusia dan puncak tertinggi keimanan.


Lafaz ini mengandungi pesan untuk manusia agar senantiasa memohon pertolongan hanya kepada Allah SWT.



Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4 

#TogetherGainSuccess


Ahad, 23 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 22

 


(30 HARI 30 DOA)


D22- Doa Memohon diberi Petunjuk dan Ketakwaan


Jika diringkaskan, empat hal yang diminta dalam doa ini adalah:

1. Al Hudaa, yaitu petunjuk yang sempurna dari Allah untuk menjalani jalan yang lurus.

2. At Tuqaa, yaitu ketakwaan yang menyeluruh dalam semua hal, dalam menjalankan perintah agama, dan menjauhi yang dilarang dalam agama.

3. Al ‘Afaaf, yaitu keterjagaan dari melakukan hal-hal yang dilarang oleh agama, dan hal-hal yang tidak halal, sehingga hati dan jiwa kita menjadi saleh.

4. Al Ghina, yaitu kekayaan hati, sehingga tidak merasa bergantung dan terlalu mengharapkan apa yang ada di tangan manusia, melainkan bergantung dan berharap pada apa yang ada di tangan Allah.


Doa ini merupakan di antara doa yang paling padat dan paling bermanfaat kerana di dalamnya terkandung permintaan kebaikan agama dan kebaikan dunia.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4

#TogetherGainSucces

Sabtu, 22 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 21


 (30 HARI 30 DOA)


D21- Doa Memohon Keselamatan Dunia dan Akhirat


Solat adalah merupakan sebab bagi seluruh kehidupan. Ia adalah zikir dan syukur. Maka jika seorang hamba mendirikan solat dengan menunaikan syarat-syarat dan rukun-rukunnya secara sempurna, maka dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang berzikir dan bersyukur. Dan ketika dia meninggalkannya, maka dia termasuk orang-orang yang lupa dan lalai, dan termasuk juga dari kalangan orang-orang yang kafir. 


Ia jelas menunjukkan peri pentingnya ibadat solat. Bukan semata-mata untuk dirinya, tetapi juga anak dan zuriat keturunannya.


Dengan memperolehi anak dan zuriat yang soleh akan menyejukkan mata hati serta membawa kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. 


Justeru, marilah sama-sama kita sentiasa memohon doa kepada Allah SWT agar dikurniakan keteguhan dalam melaksanakan solat serta kaum keluarga dan zuriat kita.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4 

#TogetherGainSuccess

Jumaat, 21 Mac 2025

MAJLIS BERBUKA PUASA TGS KaraIns 1446H/2025M

 


BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 20

 



D20- Doa Rasulullah SAW untuk Malam Lailatul Qadar


Malam Lailatul Qadar adalah malam mustajab untuk berdoa. Ambil kesempatan ini untuk memohon keampunan, rezeki, dan keselamatan dunia akhirat.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4 

#TogetherGainSucces


Khamis, 20 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 19

 


D19- Doa kepada Ibu Bapa


Doa kepada kedua ibu bapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia merupakan satu perkara yang dituntut. 


Ini kerana, Allah SWT mengajar kita sebagai hamba-Nya agar sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapa sepertimana yang terdapat di dalam al-Quran. 


Untuk itu, janganlah sesekali kita lupa untuk sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapa kita dalam apa jua keadaan sekali pun kerana wujudnya kita di dunia ini adalah disebabkan mereka. 


Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa berbakti serta mendoakan kesejahteraan kepada keduanya. Amin.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4 

#TogetherGainSuccess