Memaparkan catatan dengan label Hal Ehwal Murid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal Ehwal Murid. Papar semua catatan

Rabu, 7 Oktober 2026

11 LANGKAH KESELAMATAN DI SEKOLAH


 

Khamis, 1 Oktober 2026

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA WARGA SMKPT


 

Rabu, 16 September 2026

KEKAL SIHAT SEMASA JEREBU JAGA KESIHATAN


 

Isnin, 14 September 2026

PELUNCURAN JUARA TGS SPM 2026





 

Selasa, 23 Jun 2026

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK MAAL HIJRAH

 


✒️✒️ TGS' Karains✒️✒️

🎙️ PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK MAAL HIJRAH 🎙️


📖 Tema: "Hijrah Seorang Remaja"

📅 Khamis, 25/6/2026

⏰ 11.20 pagi – 1.20 tengah hari

📍 Surau Nur Iman


👥 Terbuka kepada semua murid Islam Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5


🏆 HADIAH LUMAYAN MENANTI PEMENANG!


Ayuh sertai dan tonjolkan bakat deklamasi anda sambil menghayati makna hijrah dalam kehidupan seorang remaja.


📌 Daftar segera!


Anjuran :

Panitia Pendidikan Islam TGS


Jumaat, 12 Jun 2026

PROGRAM KESELAMATAN SEKOLAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


🖊️Mulai 15 Jun 2026 (Isnin), Pagar C akan dibuka 30 minit selepas waktu pulang. 

🖊️Pagar A tetap akan dibuka seperti biasa. 

🖊️Sila rujuk poster yang disertakan bagi mendapatkan waktu yang tepat. 

🖊️Mohon murid atur lokasi bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing untuk menunggu di lokasi yang betul. 

🖊️Jaga keselamatan diri anda setiap masa.


#TGSTOP4

#TogetherGainSuccess

#TGSSafe


 

HEBAHAN TGS SAFE



📢 HEBAHAN TGS SAFE 📢

Program Keselamatan Sekolah – “Murid Selamat, Sekolah Sejahtera”


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Mulai 15 Jun 2026 (Isnin), pelaksanaan TGS SAFE akan diperkasakan melalui perkongsian isu-isu keselamatan mingguan oleh guru bertugas semasa perhimpunan rasmi.


📌 Pelaksanaan Program:


✅ Menyediakan Poster hebahan berkaitan isu keselamatan yang diberi.

✅ Menyampaikan penerangan ringkas berkaitan topik keselamatan semasa ucapan mingguan guru bertugas.

✅ Menyebarluaskan  Poster TGS Safe dalam  semua kumpulan Telegram murid dan ibu bapa sebagai bahan rujukan dan peringatan bersama.

✅Pengawas bertugas akan menayangkan poster tersebut  setiap hari sebelum perhimpunan harian.


#TogetherGainSuccess 

#TGS Top 4

#TGS Safe


🌂Contoh topik-topik keselamatan  yang boleh dipilih. 

🌂Topik utama keselamatan akan diberikan  oleh Penyelaras 3K. 

🌂Guru bertugas hanya  memilih  satu isu kecil berkaitan topik yang diberikan untuk dikupas pada minggu tersebut.


 

Rabu, 10 Jun 2026

PROSEDUR UNTUK PULANG WAKTU PERSEKOLAHAN

 



Prosedur Untuk Pulang Waktu Persekolahan


1. Murid mengambil Borang Pengesahan Pulang Waktu Persekolahan di  pejabat sekolah

2. Berjumpa dengan Guru Bertugas/Guru Subjek/Penyelaras/Guru Kelas untuk mendapatkan pengesahan.

3. Guru Bertugas/Guru Subjek/Penyelaras/Guru Kelas akan menghubungi ibu/ bapa/penjaga untuk mengambil anak 

4. Murid tidak dibenarkan menghubungi ibu bapa untuk pulang semasa waktu persekolahan.

5. Borang Pengesahan Kebenaran Pulang perlu diserahkan di pejabat sekolah 

6. Ibu bapa perlu mengisi  Borang Kebenaran Keluar Sekolah dan  mendapat pengesahan di pejabat sekolah. Borang ini perlu diserahkan di Pondok Keselamatan sebelum keluar. 


Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa terjamin. Terima kasih.

Jumaat, 15 Mei 2026

PANDUAN PRAKTIKAL KESELAMATAN LALU LINTAS SEKOLAH





Assalamualaikum & Salam Sejahtera

.

Rentetan kes dan isu keselamatan melibatkan murid yang berlaku di sekolah, JPWPKL ingin menyeru semua sekolah di Kuala Lumpur untuk:


✍🏻 Menjalankan Program Kesedaran Keselamatan 5 minit di sekolah. Mesej keselamatan ini boleh disampaikan oleh guru/murid dan dijadikan rutin harian di sekolah .


✍🏻 Disamping itu terdapat 10 aktiviti keselamatan utama yang perlu diberikan perhatian dan perlu disampaikan kepada semua warga sekolah. 


✍🏻 Pihak sekolah juga perlu memberikan pemakluman kepada semua murid mengenai 4 langkah awal apabila berlaku kecemasan di dalam kawasan sekolah. 


Tindakan segera dan kerjasama semua pihak amat dalam menjaga aspek keselamatan murid amat diperlukan serta dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.




 

Isnin, 11 Mei 2026

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL KHAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Semua guru, ibu bapa/penjaga dan semua murid Islam dijemput bersama-sama untuk menyertai Bacaan Yasin Dan Tahlil atas pemergian Bonda YDP PIBG Tercinta iaitu Yoh @ Yah binti Shariff. Juga Doa Selamat untuk Cik Suraya binti Asmal, semoga diangkat segala kesakitan dan diberikan kesihatan yang baik seperti sedia kala.


Tarikh    : 11 Mei 2026 (Isnin)

Masa     : 7.40 malam ini

Tempat : GM di lokasi masing-masing 


Pautan : https://meet.google.com/ctg-mpek-rky


Moderator: 

📌En Mohd. Hafizi bin Mohd. Isa


Bacaan Yasin dipimpin Oleh: 

📌En Abd. Halim bin Yahaya (AJK PIBG)


Harap maklum dan terima kasih.


 

Khamis, 30 April 2026

AKTIVITI MURID 31 MAC 2026


 

Jumaat, 24 April 2026

BANTUAN KWAPM


 

HENTIKAN BULI


https://www.facebook.com/share/p/14WDSMEuaWr/

 
📢 Seruan Anti Buli – Warga Sekolah Daerah Keramat

Pejabat Pendidikan Daerah Keramat menyeru seluruh warga sekolah agar bersama-sama menolak budaya buli dan membina persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni serta penuh kasih sayang. Setiap murid memainkan peranan penting dalam memastikan rakan-rakan sentiasa dilindungi dan dihormati.


🚫 PPD Keramat TIADA KOMPROMI terhadap sebarang bentuk buli dan akan bertindak tegas bagi membasmi kes buli di sekolah. Selain itu, PPD Keramat turut menekankan permuafakatan erat bersama ibu bapa dalam menangani isu buli demi kesejahteraan murid.

✨ Keutamaan Anti Buli:

✅ Berani bersuara – Laporkan kepada guru atau pihak sekolah jika berlaku buli.

✅ Bantu mangsa dengan betul – Beri sokongan dan segera dapatkan bantuan orang dewasa.

✅ Jadi rakan prihatin – Peka terhadap perasaan serta kebajikan rakan.

✅ Sokong yang disisihkan – Dekati dan beri semangat agar tiada yang merasa keseorangan.

Bersama kita bina budaya sekolah yang saling menghormati, menyantuni dan melindungi.


🌼 Pergi ke taman memetik melati,

Harum baunya menyejukkan rasa;

Jauhi buli, pupuk empati,

Sekolah harmoni impian bersama.

🕊️ Burung merpati terbang ke desa,

Hinggap sebentar di dahan sena;

Jika terlihat rakan terseksa,

Bantulah segera penuh bermakna.


#JPWPKL_Top5

#JPWPKLMercuKegemilangan

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#KeramatSmart

#KeramatLeadsKualaLumpur

#PendidikanBermutuInsanTerdidikNegaraSejahtera

#CgMai

Rabu, 22 April 2026

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 6


 

Rabu, 1 April 2026

GOTONG-ROYONG PERDANA SMK PUTERI TITIWANGSA

 


🌿 GOTONG-ROYONG PERDANA SMK PUTERI TITIWANGSA 🌿
1 April 2026
Rabu
Alhamdulillah, program Gotong-royong Perdana SMK Puteri Titiwangsa telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua warga sekolah. 🤝✨
Aktiviti ini bukan sahaja berjaya menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah, malah turut memupuk nilai tanggungjawab, kerjasama serta rasa cinta terhadap persekitaran dalam kalangan murid. 🌱🏫
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, murid, ibu bapa serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga amalan gotong-royong ini terus menjadi budaya dan diteruskan demi mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan kondusif. 💚