Prosedur Untuk Pulang Waktu Persekolahan
1. Murid mengambil Borang Pengesahan Pulang Waktu Persekolahan di pejabat sekolah
2. Berjumpa dengan Guru Bertugas/Guru Subjek/Penyelaras/Guru Kelas untuk mendapatkan pengesahan.
3. Guru Bertugas/Guru Subjek/Penyelaras/Guru Kelas akan menghubungi ibu/ bapa/penjaga untuk mengambil anak
4. Murid tidak dibenarkan menghubungi ibu bapa untuk pulang semasa waktu persekolahan.
5. Borang Pengesahan Kebenaran Pulang perlu diserahkan di pejabat sekolah
6. Ibu bapa perlu mengisi Borang Kebenaran Keluar Sekolah dan mendapat pengesahan di pejabat sekolah. Borang ini perlu diserahkan di Pondok Keselamatan sebelum keluar.
Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa terjamin. Terima kasih.
